top of page

Info

Kurma Mencegah Serangan Strok

Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan strok berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.

Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok

Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

Snek yang lazat dan berkhasiat.
Oleh kerana kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.
KELEBIHAN KISMIS

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

5 Cara menggunakan jaringan dalam mengembangkan perniagaan

Jaringan penting untuk diaplikasi dalam sesebuah perniagaan. Hal ini kerana melalui jaringan kita dapat merujuk atau mendapatkan nasihat daripada golongan yang berada di dalam jaringan tersebut. Namun, untuk mendapatkan maklumat atau memohon bantauan daripada jaringan lain memerlukan insiatif yang sesuai. Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan oleh ahli jaringan anda iaitu:

1. Sebelum anda meminta sesuatu, berikan sesuatu
Hal ini bermaksud, kita memberikan sesuatu untuk memudahkan perhubungan jaringan dibina. Sebagai contoh kita merupakan pembekal kain cotton vietnam dan kita ingin mengadakan jaringan dengan pengedar. Kita boleh memberikan mereka tawaran harga istemewa ketika membeli produk yang ditawarkan dengan kuantiti yang banyak. Namun, adalah lebih baik jika ia dimulakan dengan membina modal sosial iaitu membina perhubungan komunikasi yang baik di antara satu sama lain. Tambahan lagi, kepercayaan adalah penting dalam perhubungan jaringan.


2. Mendapatkan nasihat kepada seseorang yang pakar
Hal ini bermaksud, mendapatkan nasihat atau menubuhkan jaringan daripada seseorang pakar bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh yang demikian, sekatan untuk membina jaringan akan dilaksanakan kerana jika meletakkan ahli jaringan dalam situasi tersebut kemungkinan pakar tersebut tidak selesa dengan tindakan anda.

3. Elakkan daripada mempunyai motif tersembunyi
Apabila ahli dalam jaringan sudah mempercayai anda untuk mendapatkan nasihat atau panduan tetapi anda menggunakan peluang tersebut sebagai langkah mempromosikan produk atau perkhidmatan, kemungkinan mereka akan merasa tersinggung akan tindakan anda. Selain itu, mereka juga tidak bersedia untuk menolong anda kembali kerana tidak yakin akan keupayaan yang anda miliki untuk membantu mereka. Oleh yang demikian, binalah jaringan secara profesional agar perhubungan tersebut bertahan lama.

4. Elakkan daripada isu kontoversi dan sensitiviti
Hal ini bermaksud, dalam jaringan perkara yang harus dielakkan adalah membincangkan perkara yang boleh mencetuskan
kontroversi seperti ketidakpuashatian terhadap sesuatu pihak dan lebih cenderung menggunakan emosi yang melibatkan hal peribadi. Ia akan menyebabkan jaringan tidak berkesan dan meni,bulkan rasa tidak selesa dalam kalangan ahli jaringan. Tambahan lagi, ia menunjukkan anda tidak professional dalam melaksanakan tugasan.

10 Panduan pemasaran di Facebook

 

1.   Profil Facebook
Dengan mewujudkan profil untuk diri sendiri atau perniagaan anda, ia akan menunjukkan identiti anda. Selain itu, ia akan mewujudkan hubungan dengan pengguna dan rakan facebook anda dalam mengenalkan perniagaan anda kepada mereka.


2.   Gambar profil
Meletakkan gambar yang sesuai untuk menggambarkan perniagaan yang anda lakukan. Gunakalah gambar yang dapat menarik pengguna facebook untuk mengenali produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.


3.   Fanpages
Ia merupakan laman yang paling penting dan direka untuk perniagaan, jenama, syarikat, produk dan hiburan. Ia membolehkan ramai masyarakat mengikuti perkembangan mereka melalui fanpages. Anda boleh menggalakkan pengguna untuk menjadi peminat halaman fanpages anda dengan berkongsikan maklumat seperti gambar, video, perbincangan dan sebagainya.


4.   Groups
Group atau kumpulan di Facebook membenarkan pengguna untuk mengikuti perkembangan dalam group tersebut. Antara ciri-ciri group adalah ia boleh menghantar mesej serentak kepada ahli group tersebut. Ia juga sesuai untuk dijadikan platform perbincangan terutamanya mengenai perniagaan kerana pelbagai idea dan pandangan boleh dikongsikan melalui medium group tersebut.


5.   Events
Secara ringkas, anda boleh menjemput sasaran anda untuk mengikuti program atau acara yang diadakan. Ia akan memudahkan pengguna mengetahui perkembangan semasa yang perniagaan anda lakukan.


6.   Unik dan sentiasa mengemaskini
Hal ini bermaksud jadikan pemasaran anda unik di dalam facebook iaitu perkara yang boleh menarik perhatian pengguna. Jadikan ia kelihatan berbeza dan unik dimana ia menunjukkan kualiti yang terdapat dalam produk atau perkhidmatan anda. Sebagai contoh, anda mewujudkan aplikasi yang menarik pada halaman facebook anda. Selain itu, anda juga boleh membuat tawaran promosi yang berbeza supaya pelanggan tetap kembali dan menerima perkembangan maklumat daripada anda.


7.   Gunakan gambar profil yang besar
Saiz gambar juga penting untuk menunjukkan imej dan jenama produk anda kepada pengguna laman Facebook. Melalui cara ini, gambaran produk anda akan kelihatan lebih jelas dan menonjol.

8.   Tag peminat dalam gambar
Anda boleh tag pengguna laman fanpages anda untuk setiap gambar koleksi baru yang terdapat fanpages anda. Oleh itu, ia akan memberikan publisiti yang baik di mana ia akan muncul di newsfeed facebook peminat.


9.   Gunakan peraduan dan undian
Menyediakan pertandingan akan menggalakkan pengguna berinteraksi secara langsung dengan anda. Contohnya anda membuat peraduan bergambar dengan produk dengan anda, pengguna yang juga merupakan pelanggan anda akan berpotensi untuk mendapat ganjaran hebat daripada anda.


10.   Integrasikan Facebook plugin sosial ke laman anda
Butang like di laman web anda membolehkan pengguna berkongsi halaman dari laman web anda kembali ke profil facebook biasanya fanpages.  Terdapat pelbagai butang yang anda boleh letakkan di laman web anda seperi likebox, komen dan livestream. Selain itu, anda juga boleh mengintegrasikan Facebook connect plugin dalam blog dimana ia akan membolehkan pengguna meninggalkan komten tanpa perlu mendaftar.

bottom of page